Guitar Hero

Jangan harap album ni ada lagi di kedai-kedai kaset berdekatan dengan anda.. album ni dah lama pupus.. dan tidak akan di ulang cetak lagi.. tak ada versi remastered.. sebuah album yang mempunyai unsur R'n'B, Soul, blues dan shred.. barangkali album ni yang buat bret michael dari band poison menawarkan posisi gitar pada Richie kotzen untuk menggantikan C.C Deville yang mengundurkan diri pada masa itu.. dah sampai masanya untuk tukar skala blues pentatonik ala Eric clapton atau licks Rockabilly ala Elvis yang selalu sangat di mainkan tu.. dengar ja lagu 'Bunyi gitar" - tan sri p.ramlee, Hound dog - elvis presley, dan berlambak lagi lagu rock n roll kadazandusun.. bukan kah dah biasa sangat dengar... ni dah tahun 2008.. move on !!!
bukan apa la.. macam saya cakap tadi.. jangan hadkan pendengaran anda.. kalau korang mau kasi masuk tu bunyi cengkerik sma cicak untuk backing music anda.. who cares? hehhe orang dah buat da pun.. ni bunyi bungkau, tongkungon,suling sama sompoton indak pula kamurang mau rakam.. balik2 yang ada yo! yo! a-ha ! a-ha saja.. mau kasi naik.. kasian ba itu si aki sama si odu berabis menyanyi tapi keluar di radio sabah vfm saja waktu malam untuk siaran dusun punya itu.. bagus kalau ada kana bayar.. kalau buli... kasih la ba bikin si aki beli sebutul bahar kah.. nanti tambah merdu dia nyanyi..


Album penting tahun 1990-an.. time saya form 1, saya bawa kaset ni pegi asrama sekolah.. (stay asrama ba) ada beberapa budak2 senior form 5 masa tu.. berebut mau pinjam.. yang langsung ndak tau main gitar masa tu pun berabis juga mau dengar!..hehe.. last2 kaset tu hilang kena curi.. hilang di almari... argh!! dah berabis cari balik lepas tu tapi langsung tidak jumpa lagi.. album ni penting pasal.. time umur saya 12 tahun lagi, saya dah layan abis album ni di rumah.. (dan kaset ni bukan saya yang punya.. aduh!!)pasang kuat2 lagi.. jiran2 pun baik hati masa tu.. langsung tidak complain.. saya telah memasukkan album ni di amazon sebagai "wish list".. pasal dah teringin sangat mau dengar lagi.. selepas 17 tahun.. barulah dapat balik album ni.. walaupun yang "pirate" punya.. Basukul na kau nak..
album ni dijadikan sebagai rujukan bagi dorang2 yang minat dengan shred/fusion/metal ala2 greg howe atau Alan Holdsworth.. kepada korang2 yang masih dengar lagu hindustan atau beyonce tu.. disarankan AGAR jangan la atau tidak payah la dengar.. bukan apa.. nanti tidak dapat tidur atau terus telan beberapa biji panadol..

ni lagi sorang gitaris yang terkenal dengan band - Deep Purple (lagu smoke on the water tu), Rainbow - Ritchie Blackmore.. dulu masa budak2.. abang saya selalu melenting kalau saya pasang album kompilasi album Deep Purple yang ada lagu "Holy man" yang di nyanyikan oleh Pemain bass group Deep Purple iaitu Glenn Hughess.. abang saya selalu mengatakan lagu-lagu band ni dah out of date! .. beliau yang berabis layan malmsteen masa tu ( dan ketika ini!! hahha) tidak sedar.. kalau tada Ritchie Blackmore dan Deep Purple n Of Course Jimi Hendrix tiadalah si Malmsteen tu terhegeh-hegeh main lagu dorang di atas stage!! dan pada tahun 2007 yang lalu, abang saya telah memainkan lagu 'Highway star" dari Deep Purple untuk audition Rancangan 'Rentak Juara- Rhytm Of The Champion".. last2 tidak juga masuk.. nah kan.. kalau dulu praktis solo dia, tidak la dia main bass ja untuk lagu tu.. hahahhaa. Dulu berabis copy lagu Speed King dengan solo Holy man.. sampai sekarang tidak pandai perfect..

Siapa yang tidak kenal Mr.Jimi Hendrix angkat tangan... laaa.. hari - hari dengar lagu sean kingston sama siti nurhaliza mana la kenal.. kecuali la korang ni orang 'campur sari'.. saya tidak memperkecil2kan "vocabulary' pendengaran korang tu.. ok.. siapakah Mr Hendrix ni... infonya ada di sini.. http://en.wikipedia.org/wiki/Jimi_Hendrix malas mau ulas banyak-banyak.. 1st time dengar lagu dia ni masa umur 17 tahun.. masa tu terpaksa bersusah-payah memujuk kawan supaya pinjamkan album album yang ada mr hendrix ni naik motor.. dah lupa la tajuk album tu.. cuba dengarkan lagu 'pali gap" dan angel.. dalam album tu.. orang cuma ingat dia ni pasal tabiat penggunaan LSD or drugs, sehingga akhirnya meninggal dunia pada usia muda.. Dah beribu orang dah cover lagu hendrix ni.. termasuklah steve vai, ritchie Blacmore, malmsteen, Stevie Ray Vaughan.. dan termasuk Mr. Eric Clapton sendiri.. tak rugi dengar lagu-lagu dia ni.. untuk menyegarkan gegendang /koklea telinga anda.. jangan la seumur hidup dengar pop, hip-hop, balada or lagu Hindustan saja.. tapi kalau tidak sesuai dengan selera anda, jadi teruskan mendengar lagu-lagu yang sering berkumandang di Hot FM tu, yang diulang berpuluh2 kali sehari!!! hahahha


No comments: